2. Tayar ni haus dan botak kira-kira 5000km sahaja. Di highway ada salah satu tempat bila lalu dengan kelajuan 120km/h tayar motor belakang macam beralun-alun, jadi kena pegang handle baik-baik.
Lagi parah bila langgar garisan putih pada kelajuan tersebut. Motor anda macam ada raksasa buat main handle anda.
3. Tayar 110/80. Macam jenama VIVA. Baru je guna. Puas hati dengan harga sebab murah RM115. Adalah dalam 2000km baru guna. Stabil dalam macam-macam keadaan. Langgar lubang pun relak tak ada goyang-goyang. Overtake semua jenis kenderaan dengan yakin. 120km/h lalu garisan putih tiada masalah goyang-goyang. Acceleration biasa sahaja. Tiada rasa macam berat atau beban. Naik bukit tak ada masalah. Okay je. Cuma 100km/h ke 120km/h susah sedikit. 120km/h tu kira beruntung disebabkan tiada angin rintang.
tayar ni aku penah pakai selepas bergelumang dengan TT900 selama 1 tahun.. selepas membaca dari sebuah group yg memberikan gred level review AA kelas kepada tayar ini kononnya... review mereka adalah setakat mencuba aktiviti layan korner dari pekan langat ke kuala kelawang.. tidak di trek lumba..
ReplyDeletedari mula2 menggunakan tayar ini sudah menunjukkan ianya tidak seperti yang dijangkakan kualitinya.. semasa hi speed tayar ini memberikan kawalan aneh seperti melompat2 dan menyebabkan motor seperti mahu tumbang.. sangat2 merbahaya.. apabila disuarakan kepada rakan yg berkerja disebuah kilang tayar motosikal dia berkata.. fenomena berkenaan adalah menunjukan tayar ini tidak menepati piawaian boleh menampun kelajuan tinggi dengan cekap.. jikalau diteruskan lagi kepada kelajuan lebih tinggi kemungkinan tayar ini terkeluar dari rim motor itu sendiri adalah peratusan sgt2 tinggi..
percubaan kedua adalah bermain selekoh dengan tayar ini juga menunjukkan tanda2 ianya sgt2 hampeh.. ketika didalam selekoh semasa tayar ini suam2.. pergerakkan tayar belakang menyebabkan ia seperti mahu mengelungsur jatuh.. dan apabila mula panas.. keadaan menjadi lebih teruk yg mana seperti tersentak2.. seperti grip tidak grib tidak.. dan semakin lama semakin teruk..
kesimpulan nya tayar ini lebih kepada auta dari apa yg direview.. group berkenaan melontarkan pandangan saya adalah negetif berbanding apa yg mereka rasa.. dan saya mencabar mereka membuktikan kawalan cengkaman tayar ini didalam trek lumba supaya lebih open dalam memberikan pandangan.. seperti yg dijangka.. aktiviti pemanas tayar saja telah memberikan seribu kesimpulan.. rider terbabit jatuh tanpa sebab munasabah.. dan cubaan kedua juga sama.. kalau nak compare tayar ini yg branding nya sgt WORLD class.. mengapa duro racing pun leh tahan kadar miringan yg boleh ditampung berbanding tayar ini.. dan duro itu juga mencair spt mana kebanyakkan tayar2 performance beraksi..
sebab ini lah tayar ini digelar MELICHIN aka melicin oleh sesetengah bikers di MALAYSIA.. lain lah beli brand ini utk SBK.. tentu2 lah bagus... utk produk kapchai.. ianya sgt2 fail
sekian
Assalamu'alaikum WBT. Haha. Dah lama rupanya ada komen tetapi tidak sedar ada. Apa2 pun terima kasih beri pandangan anda. Betul apa yang anda perkatakan..
ReplyDeleteApa yang telah sy lalui menggunakan tayar yang lebih murah berjenama Duro berlainan model (selalu je lupa nak ambil gambar tayar lepas tukar baru) adalah lebih "berbaloi" berbanding tayar Michelin seperti di dalam gambar. Berbaloi yang dimaksudkan adalah merangkumi harga, ketahanan dan juga performance nya pada jalanraya basah, ketika hujan lebat, ketika di selekoh, pada jalanraya berlubang-lubang dan tidak rata..
Permukaan jalanraya tidak sama dengan litar perlumbaan seperti di Sepang International Circuit kan. Sebab rata-rata kualiti permukaan jalanraya di Malaysia ni berbeza-beza dan ada yang dibuat tidak mengikut piawai Arahan Teknik (Jalan) 5/85.
Selain itu, permukaan jalanraya di Malaysia juga mempunyai pendekatan dan meterial yang berbeza-beza.
Boleh baca ini berkaitan yang diterbitkan oleh universiti di Malaysia.
1.http://www.hbp.usm.my/hilmy/new%20jkr%20manual.pdf
2.http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FKA/bookchapter_fka07.pdf
3.http://www.civil.eng.usm.my/projekta/template/Chapter1.doc
Bukan niat mahu burukkan, tetapi kena kaitkan juga permukaan jalanraya dengan performance tayar.
Di Malaysia ni kan, permukaan litar lumba mana yang sama dengan permukaan litar di Sepang International Circuit ?
Kenapa MotoGP atau sebagainya tidak jatuh atau slide semasa ambil selekoh dengan sendengan 60-64 degree, walaupun menggunakan tayar botak (selain bantuan sistem elektronik)? Adakah hanya tayar sahaja yang memainkan peranan ? Bagaimana rupa atau contruction permukaan litar Sepang International circuit ? Apa beza permukaan litar Sepang International Circuit dengan permukaan litar lumba yang lain di Malaysia ? Apa juga yang menjadi perbezaan dengan permukaan jalanraya di Malaysia ?
Jalanraya tidak berpasir ? Cuba kita zoom betul2 sama ada permukaan jalanraya atau litar lumba berpasir atau tidak ?
Memang benar kualiti atau meterial tayar pun memainkan peranan, dan berbeza-beza mengikut keadaan. Perlu diingatkan juga, tayar pun ada yang tiruan. Kedai cakap original tapi sebaliknya cap ayam. Tahun tayar diperbuat pun perlu diambil kira. Sesetengah pengguna atau pembeli selalu ditipu disebabkan pengguna kurang peka dan tidak ambil maklumat. Pengguna ni termasuklah yang muda atau pun yang veteran. Contoh seperti minyak enjin tiruan. Ada rakan pembeli tidak dapat membezakan produk yang tiruan dengan yang original di kedai-kedai sparepart. Kemudian menyalahkan syarikat sebenar kerana mengeluarkan produk yang tidak berkualiti.
Saiz tayar perlu bersesuaian dengan rim. Saiz tayar belakang perlu lebih besar daripada saiz tayar hadapan. Apa yang saya lihat kebanyakkan pengguna motorsikal menggunakan tayar belakang dan tayar hadapan dengan saiz yang sama. Boleh check pada online journal.
Sambungan...
ReplyDeleteTekanan angin pada tayar pun main peranan. Kesimbangan berat kenderaan dan penunggang bagaimana ?
Apabila saya baca balik pada post saya, rupanya ada perkataan "Corner stabil walaupun hujan dan basah". Mungkin telah tersalah ertikan ramai. Corner atau lencongan yang dimaksudkan itu bukanlah diambil sehingga mencecah lutut tetapi mengikut pada kelajuan yang berpatutan. Siapa yang berani cecah lutut pada permukaan jalanraya Malaysia ketika hujan dan jalan basah ?
"Stabil ketika basah di selekoh" di sini bermaksud kira so so dengan kelajuan yang dibuat. Ngam orang kata. Sebab tiada faedah kalau laju di selekoh tetapi jatuh kemudian.
Mungkin saya sendiri tak faham orang lain sudah biasa laju ambil selekoh.
Di sini saya bukanlah untuk mengkondem produk ataupun mengulas group2 yang membincangkan perihal tayar. Tetapi beberapa perkara tambahan, pendekatan, kajian perlu dibuat/dimasukkan dalam "review" sesuatu. Selain testimoni sendiri yang dibuat, kena juga ambil semua faktor sekeliling yang ada.
Cerita atau review sesuatu produk perlu dibuat dengan penyelidikan dengan lebih mendalam. Contoh yang saya ambil daripada komen, "review mereka adalah setakat mencuba aktiviti layan korner dari pekan langat ke kuala kelawang".. Tapi mereka kena tambah.. bagaimana sejarah jalanraya di sana. Permukaan jalanraya bagaimana ? Sejuk/lembab ? Mempunyai pokok2 ? Menggunakan kaedah apa dalam buat jalanraya?
Jika pada litar lumba pula bagaimana ? Kaedah pembinaan litar lumba pula ? Komponen yang digunakan ? Material ? Jenis permukaan ?
Dengan ini semua orang lebih jelas dan faham dalam memberi pandangan masing2 walaupun berbeza-beza pendapat.
Apa-apa pun terima kasih sebab sama-sama berkongsi maklumat. Mana yang baik tu kita ambil perhatian, yang menjadi perbezaan pendapat tu kita buat rujukan. Dua-dua pun baik ye tak.
Yang sebenarnya saya pun bukan saintis atau doktor tetapi saya seperti semua orang juga yang mahukan pengajaran dan ilmu. Sekian.
Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
ReplyDeleteWelcome to Borgata Hotel Casino & Spa. This 1-star hotel 충청북도 출장샵 in Atlantic City 논산 출장안마 offers 충주 출장샵 an outdoor pool, a restaurant, and a casino. It also has a 삼척 출장마사지 fitness centre 창원 출장마사지