 |
Kanan sekali 62mm : Setakat ni hampir ~10,000km perjalanan long way down telah dicapai. |
Permulaan aku buat tanggapan piston yang tengah tu lah paling orait. Sangkaanku melesit sama sekali setelah menggunakannya dalam kira-kira satu (1) kilometer. Spark plug dibasahi dengan minyak enjin. Suspek piston ring, boleh jadi kot.. Malas memikirkannya, aku menukar semula piston kepada yang di sebelah kanan sekali. Lagi pun piston tersebut telah dimodifikasi supaya Compression Ratio berada pada nilai tidak melebihi 11.0 : 1. Tambahan lubang minyak diperbesarkan dan sedikit penambahan lubang minyak pada Pin Piston. Alhamdulillah sehingga kini, spark plug bersih daripada minyak enjin.
 |
Dengan cermat memasukkan semula cylinder head. Cooper gasket adalah terbaik insyaALLAH + spray cooper. Bersih dan kemas. |